Page 1 - Buletin Kita Ok! Bil 26 / Jun 2025
P. 1
BIL. 26/JUN 2025
ISWC 2025: KERAJAAN KOMITED
SEJAHTERAKAN WARGA EMAS MELALUI
REFORMASI MENYELURUH
Ikhtiar mensejahterakan masyarakat menua atau warga emas merupakan sebab utama bagi memastikan reformasi
menyeluruh direalisasikan. Dalam ucaptama di International Social Wellbeing Conference 2025, Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan jangka hayat rakyat Malaysia kini telah meningkat kepada purata 76 tahun.
Namun, menginjak sembilan tahun terakhir dalam kehidupan, mereka sering diharungi dalam keadaan melarat,
dibelenggu pelbagai penyakit dan komplikasi kesihatan. Situasi ini menyebabkan warga emas memerlukan kos
penjagaan yang jauh lebih tinggi demi memastikan mereka dapat meneruskan hidup dengan selesa dan bermaruah.
Sehubungan itu, Kerajaan MADANI komited meggerakkan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan rakyat
bagi menampung kos sara hidup dan keperluan kesihatan. Inisiatif ini merangkumi kadar peningkatan gaji minimum,
pelarasan gaji penjawat awam serta komitmen syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk memastikan
pekerja menerima sekurang-kurangnya gaji wajar. Namun, realiti perubahan struktur tenaga kerja cenderung kepada
ekonomi gig menyebabkan ekonomi negara perlu diperkukuhkan secara menyeluruh agar kekayaan dapat dijana dan
diagih secara adil.
Program seperti Geran Digitalisasi PKS, Kerangka Industri ESG Nasional, serta bantuan TEKUN dan BSN memainkan
peranan penting ke arah transformasi ekonomi gig ke sektor bernilai tinggi dan inovatif. Kerangka Ekonomi MADANI
bukan sekadar menggalakkan pertumbuhan makro semata-mata tetapi berteraskan nilai tentang membela martabat
rakyat, memupuk ihsan, dan menjunjung prinsip manusiawi.
TAHUKAH ANDA!
Buah-buahan tempatan dikecualikan cukai jualan! Peluasan Skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
dikuatkuasa bermula 1 Julai 2025 dikeluarkan ke atas barangan yang diimport. Adapun buah-buahan yang diimport
tertakluk kepada cukai jualan 5%.
>>> MALAYSIA PERKUKUH PERANAN SEBAGAI >>> PELANCARAN BUSSINESS ACCOUNT OLEH
PENGERUSI ASEAN DEMI KESTABILAN TNG DIGITAL MEMBANTU PERKEMBANGAN
SERANTAU PERNIAGAAN PMKS
(m/s 2) (m/s 4)

