Page 1 - Buletin Kita Ok! Bil 27 / Julai 2025
P. 1
BIL. 27/JULAI 2025
MEMANFAATKAN HUBUNGAN
MALAYSIA – KYRGYZSTAN
DEMI PEMBANGUNAN BERSAMA
Lawatan rasmi Presiden Kyrgyzstan, Sadyr Japarov ke Malaysia
menandakan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh
hubungan strategik, dengan penekanan kepada bidang yang memberi
manfaat langsung kepada rakyat dan ekonomi negara.
Pertukaran 10 dokumen persefahaman meliputi kerjasama dalam
pelancongan, pendidikan, kesihatan, belia, teknologi digital dan latihan
teknikal membuka lebih banyak peluang dalam bentuk program
pertukaran, peningkatan keupayaan modal insan serta pemindahan
teknologi dan pengetahuan.
Malaysia turut meneroka kerjasama dalam tenaga boleh diperbaharui,
termasuk potensi tenaga hidro di Kyrgyzstan, sebagai salah satu sumber
tenaga alternatif. Selain itu, cadangan penubuhan bank Islam dan
pembangunan ekosistem halal dapat mengukuhkan sektor kewangan
Islam dan industri halal pada masa yang sama, hubungan antara rakyat
akan terus diperkasa menerusi pertukaran pelajar, pensyarah dan latihan
teknikal di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
Kerjasama ini juga membuka ruang kepada pengembangan pasaran dan
pelaburan luar, seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam jangka panjang, hubungan erat ini dijangka menyumbang kepada
pembangunan mampan yang berpaksikan kepentingan rakyat.
TAHUKAH ANDA!
Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang diterajui oleh KPDN >>> STARTUP ASEAN
merupakan inisiatif strategik bagi menggalakkan penggunaan produk MEMACU EKOSISTEM INOVASI SERANTAU
tempatan berkualiti dan menyokong pengusaha Perusahaan Mikro, Kecik MEMBERI MANFAAT KEPAFA PEMULA NIAGA TEMPATAN
(m/s 2)
dan Sederhana (PKMS). Menerusi pelbagai program seperti walkabout,
karnival jelajah dan kerjasama dengan pasar raya serta platform
e-dagang, KBBM membuka pasaran lebih luas kepada usahawan >>> KOTA MADANI
tempatan, sekali gus merangsang ekonomi domestik, meningkatkan PERUMAHAN HOLISTIK UNTUK PENJAWAT AWAM
pendapatan isi rumah dan menyemai semangat patriotisme pengguna. (m/s 3)

