Page 1 - Buletin Kita Ok! Bil 12 / Mac 2026
P. 1

TIADA KOMPROMI
                                                                                     TERHADAP
                                                                                     PENYELEWENGAN
                                                                                     SUBSIDI RON95
                                                                                     M/S 2 >>

           BIL. 12 / MAC 2026     #MALAYSIAMADANI   #JABATANPENERANGAN   #VM2026


        SEIRING SELANGKAH,


             MALAYSIA TERUS TEGUH




                                     MENDEPANI IMPAK KONFLIK ASIA BARAT



       Konflik di Asia Barat telah memberi kesan kepada kestabilan harga minyak dunia serta meningkatkan
       beban subsidi Malaysia. Namun, Malaysia kekal stabil berbanding beberapa negara Asia Tenggara lain
       hasil daripada asas ekonomi yang kukuh dan kepelbagaian sektor yang menyokong ketahanan negara.

       Dalam menghadapi ketidaktentuan global ini, rakyat Malaysia memainkan peranan sebagai benteng
       kekuatan negara. Dengan semangat kebersamaan dan tindakan yang bijaksana, setiap rakyat mampu
       menyumbang kepada kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Malaysia.

                                  PERANAN PENTING RAKYAT MALAYSIA

                                                  Berjimat Cermat

                            Amalkan penjimatan tenaga bagi mengurangkan tekanan kos,
                                         dan memastikan bekalan mencukupi


                                        Beli Barangan Buatan Malaysia
                              Utamakan pembelian produk tempatan untuk membantu
                                  mengukuhkan ekonomi negara dan mengurangkan
                              kebergantungan kepada import yang terjejas akibat konflik



                            Kurangkan Pergerakan Sekiranya Tiada Keperluan
                              Hadkan pergerakan yang tidak penting untuk menjimatkan
                                                penggunaan bahan api


                              Cakna Isu Semasa dan Patuhi Arahan Kerajaan

                              Sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan patuhi
                              arahan kerajaan untuk membolehkan tindak balas pantas
                               dan berkesan demi keselamatan serta kestabilan negara

     TRIVIA                Kedaulatan Terpelihara, Keselamatan Terjamin



       Persinggahan kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di Pulau Pinang bagi urusan
       logistik seperti ulang bekal, penyelenggaraan ringan dan rehat anak kapal merupakan
       amalan  biasa  dalam  operasi  maritim  antarabangsa,  dan mematuhi  prosedur serta
       kelulusan pihak berkuasa Malaysia. Kehadiran  kapal-kapal  ini  tidak menimbulkan
       ancaman keselamatan, dan pihak berkuasa terus memastikan kestabilan serta
       keselamatan negara terpelihara.
   1   2   3   4