Page 1 - Buletin Kita Ok! Bil 40 / Oktober 2024
P. 1
BIL. 40 / OKTOBER 2024
>>Manfaat Inisiatif Kepada Rakyat Sarawak
m/s 4
PELABURAN
AWS SUMBANG
RM57.3 BILION
KEPADA KDNK
NEGARA
Pelancaran Amazon Web Services (AWS)
Malaysia Region menandakan satu lagi
langkah penting dalam usaha kerajaan
untuk memperkukuhkan infrastruktur
digital negara.
Pelaburan AWS sebanyak RM29.2 bilion akan
menjadikan Malaysia sebagai destinasi
serantau utama untuk pelaburan digital
selain mewujudkan lebih 3,500 peluang
pekerjaan dan menyumbang RM57.3 bilion
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) negara antara 2024 dan 2038.
Kehadiran AWS di Malaysia telah melonjak
keyakinan pelabur global. Keyakinan syarikat
gergasi teknologi dunia dan syarikat
berkaitan pengkomputeran awan akan
menyokong hasrat kerajaan dalam
menjadikan Malaysia sebagai hab digital
terkemuka di rantau ini selaras dengan
usaha untuk mentransformasi digital
>> Westports 2 Dijangka Menyumbang
RM55 Bilion Kepada Ekonomi Malaysia negara.
m/s 2
Seramai 83,752 orang murid daripada 3,458 buah sekolah
seluruh negara akan menerima manfaat hasil pelaksanaan fasa
satu Program Anak Kita yang bertujuan mengatasi isu keciciran
pembelajaran di negara ini.

