Page 1 - Buletin Kita Ok! Bil 43 / Oktober 2024
P. 1
BIL. 43/ OKTOBER 2024
>> KERAJAAN KOMITED
SELESAIKAN ISU MA63
(m/s 3)
Belanjawan 2025
INISIATIF MEMPERBAIKI
KUALITI HIDUP RAKYAT
Belanjawan 2025 menekankan komitmen untuk meningkatkan
kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan dengan pelbagai inisiatif yang
bertujuan untuk memperbaiki kualiti hidup rakyat. Kerajaan juga fokus terhadap
usaha bagi pemulihan ekonomi serta penguasaan aspek inovasi bagi memastikan
pengagihan kekayaan dan sumber dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama.
RM421 bilion jumlah Belanjawan 2025, sekali gus merupakan nilai yang tertinggi
pernah diumumkan berbanding tahun sebelumnya dengan pecahan peruntukan
iaitu RM335 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM86 bilion bagi perbelanjaan
pembangunan.
Tiga sektor menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2025
adalah sektor pendidikan (RM64.1 bilion), sektor keselamatan (RM19.5 bilion)
dan sektor kesihatan (RM45.3 bilion).
Belanjawan 2025 merangka semula ekonomi Malaysia agar lebih fokus terhadap
aktiviti yang bernilai tinggi selain memastikan kecekapan dalam penggunaan sumber
awam.
Peruntukan dalam Belanjawan 2025 sebanyak RM421 bilion mencatatkan
peningkatan sebanyak 3.3 peratus berbanding RM393.8 bilion pada 2024.

