Page 1 - Buletin Kita Ok! Bil 45 / November 2024
P. 1

BIL. 45 / NOVEMBER   2024













                                                > Perdana Menteri Ke Luar Negara Selama
                                                  Sebulan Atas Lawatan Kerja Rasmi        m/s 3




















          IMPIAN MEMILIKI RUMAH SENDIRI TERCAPAI

          MELALUI PROGRAM RESIDENSI RAKYAT (PRR)

          DAN RUMAH MESRA RAKYAT

          Kerajaan   MADANI     memberi     keutamaan     kepada    pembinaan     perumahan     mampu      milik
          untuk merealisasikan  impian  rakyat  berpendapatan  rendah  memiliki  rumah  sendiri.  Sebanyak  48
          Program  Residensi  Rakyat  (PRR)  dan  14  projek  Rumah  Mesra  Rakyat  bakal  dibangunkan  dengan
          peruntukan  sebanyak RM900 juta. 30 projek PRR dijangka siap pada penghujung 2025 yang
          memanfaatkan hampir 17,500 penghuni baharu.

          Syarikat Jaminan Kredit Perumahan juga telah meluluskan sebanyak RM12.8 bilion jaminan kerajaan
          kepada lebih 57 ribu pembeli rumah pertama.
          Dalam  pembentangan  Belanjawan  2025,  kerajaan  turut  membentangkan  sejumlah  peruntukan
          sebagai   usaha   memastikan     kawasan    persekitaran   PRR   dan   komuniti    perumahan     yang
          lebih manusiawi.


                RM200 juta    - Penyelenggaraan rumah strata kos rendah dan sederhana awam
                termasuk mengganti lif-lif usang.

                RM100 juta   - Menaik taraf 48 buah Taman Awam MADANI meliputi kawasan rekreasi serta
                lanskap serba indah termasuk di bandar dan pekan kecil.

                RM84 juta - Menaik taraf kemudahan asas dan sosial bagi kegunaan komuniti Kampung Baru
                Cina. Perkampungan kaum India juga akan diselaraskan.

          Pelepasan cukai juga akan diberikan kepada individu yang membeli rumah pertama ke atas bayaran
          faedah pinjaman perumahan.

          Pelepasan ini boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut ke atas perjanjian jual beli yang
          disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 disember 2027.




            Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)           adalah syarikat milik
            Kementerian      Kewangan       Diperbadankan      (MOF     Inc)   yang
            ditubuhkan pada  21  Ogos  1997  untuk  menyediakan  rumah  mampu
            milik dan berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan
            Dasar Perumahan Negara.
   1   2   3   4