Page 10 - Sambutan Hari Kebangsaan 2024
P. 10
TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI
MALAYSIA 2024
Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka
Malaysia MADANI merupakan tunjang kepada kemakmuran
dan kemajuan negara Malaysia melalui dukungan enam nilai
teras utama.
Jiwa Merdeka ialah penzahiran kepada kebebasan
rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam
menginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta negara
melalui pelbagai cara meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial
dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat
yang kukuh, harmoni dan progresif.
Malaysia MADANI Jiwa Merdeka merupakan perlambangan
kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif
menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh
jati dirinya.
LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI
MALAYSIA 2024
Pemilihan logo rasmi HKHM 2024 diambil daripada reka bentuk
logo Malaysia MADANI yang unik dengan simbolik “tangan
yang sedang diangkat untuk melafazkan Ikrar Rukun Negara”.
Logo HKHM 2024 mengandungi warna-warna asas Jalur
Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat
Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian,
sehati dan sejiwa.
2 HARI KEBANGSAAN 2024

