Page 11 - Buletin Citra 1/2023
P. 11

KHABAR DARI BORNEO

      Kursus Asas Tanaman Hiasan







                                         Disediakan oleh: Genda Sating
                                             Jurufoto: Lance Dunstan


             eramai 15 orang peserta yang terdiri
          Sdaripada Pembantu Awam Gred H11
          dan H14  dari Jabatan Penerangan Negeri
          Sarawak telah menghadiri Kursus Asas Tanaman
          Hiasan secara bersemuka anjuran Jabatan
          Penerangan Negeri Sarawak pada 16 Februari
          2023.


          Objektif kursus ini adalah untuk memberi
          pendedahan kepada peserta secara langsung
          kaedah-kaedah dan teknik asas penjagaan
          tanaman bagi melancarkan lagi pengurusan
          tanaman. Kursus satu hari ini turut mendedahkan
          para peserta tentang teori pengenalan seni
          taman atau landskap, tanaman hiasan serta
          cara pembiakan dan penanaman pada
          sebelah pagi, manakala pada sebelah
          petangnya pula, para peserta turut menjalani
          latihan praktikal pembiakan, pembajaan, media
          campuran dan penyelenggaraan tanaman di
          luar kawasan bangunan Jabatan Penerangan
          Negeri Sarawak.


          Encik  Rikuza  Haji  Ubey,  Penolong  Pegawai
          Pertanian, Dewan Bandaraya Kuching Utara
          (DBKU) dijemput untuk menyampaikan
          ceramah bagi kursus ini.


          Pada Disember tahun lalu, Jabatan
          Penerangan Malaysia Sarawak telah
          memulakan aktiviti gotong-royong
          membersihkan kawasan luar bangunan
          Jabatan Penerangan Negeri Sarawak.
          Selain itu, bagi mengindahkan
          lagi kawasan, pihak jabatan telah
          mengambil inisiatif menanam semula
          pokok-pokok bunga, herba dan pokok
          buah-buahan lain bagi menggantikan
          tanaman lama yang dilihat sudah tidak
          sesuai dan tidak diselenggara dengan
          sempurna.




                                                                                                           11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16