Page 12 - Buletin Citra 1/2023
P. 12
PERSONALITI JAPEN Cikgu
emilik nama Muhammad Farhan Param atau
Plebih mesra dikenali dengan nama Cikgu
Param bukanlah satu nama yang asing di
Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen). Dilahirkan
di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 14 Disember
1987, beliau telah menjadi keluarga JaPen
pada 10 November 2008 sebagai Pembantu Param
Penerangan S17 di Pejabat Penerangan Daerah
Sepang. Pada 23 Mac 2009, beliau melaporkan
diri di Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu
(BGSPI), Jabatan Penerangan Malaysia yang
mana beliau mendapat pengalaman naik kapal
terbang buat pertama kali di bahagian tersebut
untuk menguruskan tugas yang diamanahkan.
Beliau juga berkongsikan pengalamannya
menjadi juruacara untuk Pertandingan Pidato
separuh akhir peringkat kebangsaan yang
berlangsung di Institut Perguruan Kuala Lumpur.
“Semasa mengemudikan majlis Pertandingan
Pidato, saya telah mengumumkan ketibaan
tetamu kehomat untuk memasuki dewan majlis
dan para hadirin pun berdiri untuk mengalu-
alukan kedatangannya, tetapi VIP tersebut tidak
masuk-masuk lagi, malahan masih berada di
bilik VIP. Jadi saya terpaksa cover line dengan
para hadirin, kata ini sekadar raptai sahaja”,
kata beliau.
Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC)
pada tahun 2013 ini ditempatkan di Unit
Perhubungan Awam, Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA) bermula 4 Februari 2013.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan
oleh Cikgu Param semasa bertugas di
unit ini adalah insiden banjir besar yang
melanda kampung orang asli pada
tahun 2014. Banjir besar yang melanda
itu mengakibatkan jalan perhubungan ke
kampung orang asli terputus serta bekalan
makanan juga sukar untuk disampaikan
kepada penduduk di kampung tersebut. Beliau
dengan kerjasama Jabatan Bomba ke Kelantan
bagi menyampaikan bantuan dapur dan bekalan
makanan akibat banjir besar. Pasukan media
turut bersama untuk membuat liputan keadaan
semasa di kawasan berkenaan manakala
pasukan kesihatan pula untuk memberikan
rawatan kepada penduduk kampung tersebut.
12

