Page 13 - Buletin Citra 1/2023
P. 13

Cikgu    Semasa bertugas di Unit Acara, Bahagian                                             PERSONALITI JAPEN






          Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan
 Param    Masyarakat (BPKPM) di sekitar tahun 2015 dan
          2016, beliau berpeluang untuk menjadi urus
          setia bagi program Hari Kebangsaan. Buat
          pertama kali, pada tahun 2015 JaPen diberi
          penghormatan untuk mengetuai perarakan
          Hari Kebangsaan dan beliau terlibat dalam
          perbarisan tersebut.


          Beliau juga pernah menjadi  floor  manager
          untuk  Program  Minda  di  Sarawak  di  mana
          beliau berasa teruja diberi kepercayaan untuk
          terlibat dalam program peringkat kebangsaan.
          Beliau dinaikkan pangkat pada tahun 2016
          sebagai Penolong Pegawai Penerangan S29
          dan ditempatkan di Unit Latihan, Bahagian
          Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).

                                                               Beliau melaporkan diri di Unit Komunikasi
          Antara  pengalamannya  semasa  bertugas              Korporat, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
          di BPSM adalah mengendalikan program                 Wilayah Persekutuan pada 16 Disember 2019.
          Profession Assessment Centre (PAC) dan               Program  back-to-school,  program  buka
          berpeluang untuk berjumpa pelbagai gelagat           puasa, program bubur lambuk, program
          calon PAC. “Ketika mengendalikan kursus, saya        bantuan raya untuk gred sokongan adalah
          pernah mengalami situasi yang mana perlu             antara program yang diuruskan oleh beliau
          membawa peserta kursus ke hospital sebab             sepanjang berkhidmat di unit tersebut. Beliau
          sakit, menguruskan peserta yang mempunyai            juga membuka kaunter zakat fitrah sempena
          kematian ahli keluarga semasa kursus sedang          bulan puasa. “Saya berpeluang untuk merasai
          berlangsung serta perlu prihatin kepada peserta      pengalaman Bekerja Dari Rumah (BDR) semasa
          wanita yang menyusu badan (breastfeeding).           negara dilanda wabak COVID-19 di pejabat
          Dalam situasi seperti ini saya memegang prinsip      ini yang mana kami perlu sentiasa bersedia
           dalam ketegasan perlu bertimbang rasa”, ujar        untuk memuat naik maklumat terkini berkaitan
            Cikgu Param.
                                                               isu COVID-19”, kata beliau. Cikgu Param kini
                                                               bertugas di Jabatan Perubatan Transfusi (Tabung
                                                               Darah), Hospital Melaka.









        DALAM KETEGASAN






        PERLU BERTIMBANG RASA









                                                                                                          13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18