Page 4 - Buletin Citra 1/2023
P. 4
JAPEN SANA SINI
KKD Ke Arah Dekad
Keemasan Digital
ajlis Perhimpunan Bulanan Kementerian
MKomunikasi dan Digital (KKD) Bilangan 2
Tahun 2023 diadakan pada 6 Mac 2023 di Dewan
B1, Kompleks KKD. Majlis ini dilaksanakan dalam
konsep hibrid yang dihadiri seramai 900 warga
KKD secara fizikal dan dalam talian. Prasarana
Komunikasi, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital
merupakan hala tuju strategik KKD. YB Fahmi Fadzil
menyampaikan amanat agar Dekad Keemasan
Digital dapat direalisasikan melalui program yang
memberi impak besar kepada rakyat.
INTIPATI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KKD
Kerajaan teliti kaedah jamin keselamatan aplikasi
dan peranti penjawat awam
JaPen, RTM dan BERNAMA perlu memberi kesedaran
kepada rakyat tentang bahaya scammer
Warga KKD disarankan untuk kerap tukar kata laluan
komputer supaya data tidak dicuri
Budayakan sikap ingin tahu dan sesuatu perkara
itu perlu diselesaikan segera jika berkaitan isu yang
diusahakan oleh KKD
Perbincangan bersama Starlink dan MEASAT telah
dilaksanakan untuk meningkatkan kelajuan dan
capaian internet
“Saya percaya program-
program yang telah dikenal
pasti di bawah Pelan
Strategik KKD 2023-2025
akan menyokong hala tuju
Kerajaan Perpaduan dalam
pembangunan infrastruktur
digital, ekonomi digital,
penerangan serta penyiaran
negara”.
YB Fahmi Fadzil
4

