Page 5 - Buletin Citra 1/2023
P. 5
JAPEN SANA SINI
DATANG LAGI....
ADAKAH KITA BERSEDIA?
empena kedatangan bulan Ramadan, Kelab
SRekreasi dan Kebajikan Ibu Pejabat Jabatan
Penerangan Negeri Selangor menganjur
program ceramah agama yang disampaikan
oleh Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza,
yang juga merupakan juara Imam Muda musim
kedua (IM2) yang berlangsung di Jabatan
Penerangan Negeri Selangor.
Selepas program ceramah agama, turut
berlangsung amanat oleh Pengarah Penerangan
Negeri Selangor, Puan Normaizatulakmal
binti Tujad secara bersemuka dan hibrid,
diikuti dengan penyampaian hadiah kepada
pegawai yang telah bersara Encik Chandran
a/l Periasamy, Pegawai Penerangan Daerah
Petaling dan Encik Roslan Yahya, Pembantu
Penerangan yang berkhidmat di Pejabat
Penerangan Daerah Klang.
Sambutan hari lahir staf yang lahir pada bulan
Februari turut diadakan dan majlis berakhir
dengan penyampaian sijil kepada AJK Kelab
Rekreasi dan Kebajikan Ibu Pejabat Jabatan
Penerangan Negeri Selangor bagi sesi 2020-2022.
5

