Page 8 - Buletin Citra 1/2023
P. 8
KHABAR DARI BORNEO
PPD Sandakan
ANGGOTAI JAWATANKUASA WABAK DENGGI
Disediakan oleh: Saberiyah dan Asmidar
Setakat 13 Februari 2023, Sandakan menjadi
daerah yang merekodkan kes demam denggi
tertinggi di Sabah iaitu 439 kes di 13 lokaliti.
enyedari pentingnya membanteras wabak
Mberkenaan, Pejabat Penerangan Daerah Sandakan
yang juga anggota Jawatankuasa Wabak Denggi
Daerah Sandakan turun padang membuat hebahan
di lokaliti-lokaliti terlibat melalui Info On Wheels (IOW).
Pegawai Penerangan Daerah Sandakan, Abdul Aziz
Abdul Karim berkata, ia merupakan sebagai salah satu
usaha untuk menyalurkan maklumat dan mendidik
masyarakat setempat.
“Kami bersama-sama dengan Jabatan Kesihatan
Kawasan Sandakan, Unit Pemimpin Pembangunan
Masyarakat, Badan Bukan Kerajaan, pemimpin setempat
dan komuniti Communication for Behaviourial Impact
(COMBI) berkerjasama dalam memastikan masyarakat
peka terhadap keadaan sekeliling dengan mencari
dan memusnahkan tempat atau bekas yang berpotensi
menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu,
kami turut mengedarkan risalah daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meningkatkan kesedaran
masyarakat serta sikap ambil peduli terhadap kebersihan
kawasan rumah masing-masing,” ujarnya.
Individu yang mengalami gejala penyakit demam denggi disarankan
untuk mendapat rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan
bagi mengurangkan risiko komplikasi terutama bagi golongan
kanak-kanak serta golongan yang mempunyai penyakit komorbid.
8

