Page 9 - Buletin Citra 1/2023
P. 9

KHABAR DARI BORNEO












         PPD Beluran
         P    PD Beluran




         PERKASA JALINAN
         PERKASA JALIN                            AN
         KERJASAMA DENGAN
         KERJASAMA DENGAN
            GENSI TEMP
                                                T
                                             A
                                                   AN
         AGENSI TEMPATAN
         A
         Disediakan oleh: Asmidar
             eramai 138 peserta menyertai majlis berkhatan bersempena dengan Program Kemasyarakatan
         SMajlis Berkhatan “NGO dan Polis Bersama Masyarakat Sabah Kali Ke-3”. Pegawai Penerangan
          Daerah Beluran,  Melanie Marcellina J Kinjawan berkata pejabat penerangan daerah turut
          membantu dalam memastikan program berkenaan berjalan lancar.

          Program seumpama ini menjadi platform terbaik bagi Pejabat Penerangan Daerah Beluran untuk
          memperkasakan jalinan perhubungan dan kerjasama antara rakan-rakan strategik, NGO dan
          masyarakat setempat. Melalui kolaborasi pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, kakitangan PPD
          Beluran secara tidak langsung dapat turun padang, bertemu masyarakat dan beramah mesra
          dengan kelompok sasaran serta mendapatkan pelbagai reaksi rakyat terhadap pelaksanaan
          program ini,” jelasnya.


          Sebagai Ahli Jawatankuasa Publisiti, Melanie berkata PPD Beluran
          bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan alat siar
          raya, mengurus media serta bertindak sebagai pengacara majlis.


          Program berkenaan dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan
          Anugerah Kasih Malaysia, Persatuan Keluarga Polis Diraja
          Malaysia (PERKEP), Ibu Pejabat Polis (IPD) Beluran, Batalion 20
          PGA Beluran, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, Pejabat
          Daerah Beluran, Majlis Daerah Beluran, Pasukan Bomba
          dan Penyelamat Daerah Beluran, Hospital Beluran, Pejabat
          Kesihatan  Kawasan  Beluran,  Angkatan             Pertahanan
          Awam Daerah Beluran,
          Jabatan Hal Ehwal
          Agama Islam Negeri
          Sabah  (JHEAINS)
          Daerah      Beluran
          dan      Jabatan
          Sukarelawan
          Malaysia (RELA)
          Beluran.




                                                                                                           9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14