Page 10 - Buletin Citra 1/2024
P. 10

Khabar Dari Borneo


                     MAJLIS MESRA MEDIA ZON TAWAU

                      PENGAMAL MEDIA DAN JAPEN SABAH TIDAK TERPISAH




             engamal media tempatan diraikan pada              JAPEN Sabah dan petugas media berjalan
             Majlis  Mesra Media Zon Tawau bagi                seiring untuk memberi  maklumat  kepada
         menghargai sumbangan dan jasa mereka                  rakyat terutama dalam menyampaikan dasar
         dalam dunia kewartawanan di daerah ini.               dan inisiatif kerajaan supaya tidak timbul
                                                               kekeliruan orang ramai. Rakan media yang
         Seramai 25 orang pengamal media                       mempunyai saluran sendiri seperti media
         menghadiri majlis yang julung kali diadakan           dalam talian digalakkan supaya menjadikan
         ini. Penganjuran majlis yang bermatlamat              JAPEN sebagai rakan strategik bagi
         untuk mengeratkan silaturahim antara                  m emudahkan             m ereka      mendapat
         pemimpin, Jabatan Penerangan Negeri                   maklumat yang tepat dan
         Sabah (JAPEN Sabah) dan semua petugas                 terkini.
         media di daerah. Hubungan mesra yang
         terjalin antara semua pihak ini diharap
         memberi suntikan semangat kepada semua
         petugas media yang selama ini komited
         bertugas di lapangan terutama dalam
         melaporkan program-program kerajaan.

         Media arus perdana adalah pelapor berita
         yang dipercayai dan dijadikan rujukan oleh
         masyarakat. Amalan etika kewartawanan
         yang baik dalam kalangan petugas media
         akan memastikan laporan yang dihasilkan
         dapat memberi manfaat kepada rakyat dan
         negara.










































          10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15