Page 14 - Buletin Citra 1/2024
P. 14

Personaliti JAPEN




         Di Malaysia, penjawat awam yang aktif dalam           membuat keputusan  dan tindakan yang
         catur sering kali mendapat sokongan dan               digunakan oleh ayahnya seperti strategi
         pengiktirafan daripada badan-badan sukan              dalam permainan catur. Ayahnya telah
         dan kebajikan penjawat awam. Ia termasuk              menjadi contoh yang baik dalam membuat
         pembiayaan untuk menyertai kejohanan,                 keputusan penting tentang kehidupan,
         latihan dan sokongan lain yang diberikan oleh         menguruskan  sumber dengan bijak dan
         jabatan dan agensi. Penglibatan dalam                 memastikan  hasil  yang positif diperoleh
         kejohanan catur antarabangsa memberi                  daripada keputusan yang dibuat.
         peluang kepada penjawat awam untuk
         berinteraksi dengan wakil dari negara-negara
         lain. Ia mengeratkan hubungan dan
         menggalakkan pemindahan pengetahuan,
         kemahiran dan pengalaman dalam sukan
         catur  serta  mempromosikan  hubungan
         diplomasi melalui sukan ke peringkat
         antarabangsa.


         Penyertaan dalam kejohanan antarabangsa
         sebagai  wakil negara merupakan
         pengalaman yang sangat berharga pada
         beliau.  Sebagai  seorang  atlet,  Encik  Hafiz
         telah menghadapi pelbagai cabaran seperti
         persaingan yang sengit, tekanan mental dan
         kesukaran sama ada di dalam atau di luar
         gelanggang catur.  Cabaran-cabaran ini
         menjadikan beliau seorang yang dapat
         menguruskan emosi dengan baik dan tampil
         lebih berkeyakinan.


         Antara pengalaman pahit beliau sepanjang
         bergelar atlet sukan catur adalah apabila
         beliau  menghadapi  kekalahan  yang  tidak
         dijangka dan terpaksa mengorbankan masa
         bersama  keluarga  kerana  terikat  dengan
         jadual pertandingan  catur. Walaupun
         menghadapi kesukaran, tetapi ia merupakan
         pengorbanan yang perlu dilakukan demi
         mencapai cita-cita menjadi pemain catur
         yang berwibawa.

         Sokongan daripada organisasi yang
         menguruskan sukan catur, pengurus pasukan
         dan keluarga mendorong beliau meneruskan
         dan mengembangkan lagi bakat yang ada.
         Sokongan ini juga sebagai sumber motivasi
         untuk memberikan komitmen dalam latihan,
         persiapan dan penyertaan dalam kejohanan
         catur.


         Encik  Hafiz  menjadikan  ayahnya  sebagai
         idola. Meskipun ayahnya tidak bermain catur,                                                              8
         namun beliau kagum dengan kaedah


          14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19