Page 4 - Buletin Citra 1/2024
P. 4

Majlis Tazkirah Ihya Ramadan



                                      danBerbuka Puasa




         Jabatan Penerangan Malaysia         Pengisian majlis dimulakan
         (JAPEN) menyahut seruan             dengan tazkirah bertajuk
         Perdana Menteri YAB Dato’ Seri      ‘Ramadan: Adakah tahun ini
         Anwar       Ibrahim        agar     lebih baik daripada sebelumnya’
         melaksanakan  majlis  ilmu  di      yang disampaikan oleh Ustaz
         peringkat kementerian dan           Haji Hasli bin Othman, Penolong
         jabatan      kerajaan      bagi     Pengarah  Kanan,  Bahagian
         menyemarakkan budaya ilmu           Pelajaran, Jabatan Agama Islam
         dengan penganjuran Majlis           Wilayah Persekutuan (JAWI).
         Tazkirah Ihya Ramadan dan
         Berbuka Puasa pada 19 Mac           Seterusnya, majlis merakamkan
         2024, bertempat di Dewan            penghargaan dan ucapan
         Serbaguna B1, Kompleks              terima kasih atas budi dan jasa
         Kementerian Komunikasi.             YBhg. Dato’ Mohd Sukari bin
                                             Ab Hamid, Ketua Pengarah
                                             JAPEN yang mengakhiri
                                             perkhidmatannya berkuat kuasa
                                             pada 20 Mac 2024.


                                             Datuk Mohamad Fauzi bin Md
                                             Isa,   Ketua      Setiausaha,
                                             Kementerian Komunikasi turut
                                             menyampaikan sumbangan
                                             kebajikan kepada  Encik Zul
                                             Izmal bin Mohd Bakir, Pembantu
                                             Operasi, Bahagian Dasar dan
                                             Perancangan Strategik, JAPEN
                                             yang telah ditimpa ujian apabila
                                             rumah kediamannya terbakar.
                                             Sumbangan turut diberikan
                                             kepada 24 penerima yang terdiri
                                             daripada anak-anak warga
                                             JAPEN.

                                             Majlis dimeriahkan dengan
                                             kehadiran seramai 150 orang
                                             termasuk pengurusan tertinggi
                                             kementerian, jabatan dan warga
                                             JAPEN.










          4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9