Page 6 - Buletin Citra 1/2024
P. 6
JAPEN Sana Sini
KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA
Kod Etika Wartawan Malaysia menjadi garis panduan untuk agensi media melaksanakan tugas,
sekali gus mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat yang diyakini
oleh rakyat.
Kod Etika Wartawan Malaysia ini ialah dokumen rasmi sebagai punca kuasa dan rujukan bagi
tujuan pengeluaran serta pembatalan kad perakuan media.
Kod etika berkenaan merupakan versi baharu yang diteliti semula oleh Jabatan Penerangan
Malaysia (JAPEN) untuk menggantikan kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lepas. Kod
Etika Wartawan versi baharu itu telah dimurnikan dengan penglibatan wakil wartawan dan
organisasi media, telah mengambil kira peranan pengamal media tanpa mengganggu gugat,
mengongkong atau menyekat kebebasan bersuara wartawan dalam membuat pelaporan.
Penghasilan kod etika ini merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi JAPEN telah
menggarap lapan etika utama.
8 Kod Etika Wartawan Malaysia
1 Wartawan bertanggungjawab 5 Kesahihan dan ketepatan
menjadi suara masyarakat majmuk
serta ejen pemudah cara dialog maklumat perlu disemak
Wartawan hendaklah telus dan 2 Wartawan perlu menghormati 6
berintegriti ketika menjalankan tugas privasi dan kerahsiaan sumber
War tawan perlu m emahami
3 Wartawan digalakkan berusaha 7 undang-undang, akta dan polisi
secara konsisten untuk adil dalam
menyampaikan informasi yang berkaitan dengan ruang
lingkup tugas mereka
Pemberitaan tidak boleh dipengaruhi 4 Wartawan perlu memberikan keutamaan 8
oleh kepentingan peribadi untuk meningkatkan kemahiran
kewartawanan secara berterusan
6

