Page 7 - Buletin Citra 1/2024
P. 7
JAPEN Sana Sini
JAPEN WPKL SAHUT
CABARAN MYDIGITAL ID
Seluruh warga Jabatan Penerangan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (JAPEN WPKL) telah
menyertai taklimat MyDigital ID yang diadakan di Bilik
Mesyuarat Utama JAPEN WPKL. Taklimat berkaitan
MyDigital ID telah disampaikan oleh Encik Mohd Rafiee
Ramli, Ketua Pendaftaran MyDigital ID dari MIMOS
Berhad.
Warga JAPEN WPKL juga tidak melepaskan peluang
untuk mendaftar MyDigital ID melalui empat kaunter
pendaftaran yang dibuka oleh MIMOS pada sesi
taklimat tersebut.
JABATAN PENERANGAN TINGKATKAN KESEDARAN
omuniti MADANI di seluruh negara
m emaink an per anan dalam
meningkatkan kesedaran dan
pemahaman rakyat mengenai isu
keselamatan dalam talian. Menurut Menteri
Komunikasi, Fahmi Fadzil, Komuniti MADANI
di bawah penyelarasan Jabatan Penerangan
Malaysia itu berupaya menyebarkan
maklumat-maklumat yang sahih dan tepat di
peringkat akar umbi.
Beliau berkata Jemaah Menteri telah
menubuhkan jawatankuasa teknikal bagi
meneliti undang-undang membabitkan
keselamatan dalam talian susulan kian
berleluasa pelbagai masalah yang dikaitkan
dengan media sosial.
7

