Page 10 - Buletin Citra 2/2023
P. 10

KHABAR DARI BORNEO


                            KP JaPen Santuni Masyarakat

                                  Dan Pesara JaPen Sabah

                                                Disediakan oleh: Asmidar


















            etua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato' Mohd Sukari bin Ab Hamid turun padang
       Kmenyantuni masyarakat setempat dalam Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) di Kampung
        Kebun Bunga, Semporna, Sabah pada 26 April 2023. Program berkenaan disertai hampir 50 rakan strategik
        antaranya  ketua  daerah  DUN  Senallang  dan  DUN  Bugaya,  Marisa  Gabut  dan  pemimpin-pemimpin
        masyarakat serta pesara JaPen.


        Antara objektif program adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan maklumat bagi meningkatkan
        keyakinan dan pemahaman rakyat terhadap dasar-dasar baharu kerajaan. Melalui program berkenaan
        juga diharapkan dapat menjadi platform serta agen perubahan dalam usaha menangani maklumat
        tidak sahih yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Program turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian
        Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (BGSPI), Hj Suwadi bin Haji Guliling dan Timbalan Pengarah JaPen Sabah,
        Supian Musa.


                   JaPen Sabah - Jawatankuasa Publisiti

                        Pesta Kaamatan Peringkat Negeri


                                              Disediakan oleh: Asmidar

















             abatan Penerangan Negeri Sabah  dilantik  sebagai  Jawatankuasa Publisiti      Pesta     Kaamatan
          JPeringkat Negeri Sabah yang berlangsung dari 1 hingga 31 Mei 2023. Sambutan Pesta Menuai atau
          lebih  dikenali sebagai Kaamatan  diadakan setiap  tahun  pada bulan  Mei,  dirayakan selama  sebulan
          terutamanya oleh masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut serta semua masyarakat tanpa mengira
          kaum dan agama sebagai tanda kesyukuran terhadap rezeki hasil padi. ‘Kaamatan Membudayakan
          Perpaduan’ dipilih sebagai tema pesta tersebut dan acara kemuncak diadakan pada 30 hingga 31 Mei
          di Hongkod Koisaan, KDCA, Penampang.




             10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15