Page 11 - Buletin Citra 2/2023
P. 11

KHABAR DARI BORNEO
        PPD Kinabatangan Mempromosikan

        Info Malaysia MADANI

        Disediakan oleh: Asmidar

        P ejabat  Penerangan  Daerah  (PPD)  Kinabatangan  turun  padang
          mempromosikan konsep Malaysia MADANI yang diperkenalkan
        oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Januari
        2023. Selain memberi penerangan dalam program-program jabatan
        dan agensi luar, PPD Kinabatangan turut turun padang ke permis-
        permis yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menghebahkan
        dasar-dasar    kerajaan.   “Memandangkan        masyarakat    mula
        meneruskan aktiviti harian seperti biasa selepas bercuti panjang,
        kami mengambil kesempatan untuk mengedarkan poster serta
        risalah berkaitan kepada masyarakat setempat,” ujar Puan Salasmi
        Yusain, pegawai PPD Kinabatangan.

        Beliau juga menjelaskan bahawa pendekatan seperti  ini menjadi
        salah  satu usaha  untuk memperkenal dan  memupuk  konsep
        Malaysia MADANI kepada masyarakat di pedalaman khususnya
        di daerah tersebut. Selain poster Malaysia MADANI, turut dikongsi
        adalah poster kaedah pemasangan Jalur Gemilang yang betul
        sebagai makluman orang ramai menjelang sambutan Hari
        Kebangsaan pada Ogos nanti. Aktiviti promosi tersebut turut
        mendapat kerjasama daripada Angkatan Pertahanan Awam daerah
        Kinabatangan yang diketuai oleh Pbt (PA) Mohamad Kimilee Ekot
        @ Kadir. Kinabatangan mempunyai 198,100 orang penduduk terdiri
        daripada etnik Sungai, Ida'an, Bugis, Bajau, Suluk dan Kagayan.





                                               PPD Kota Marudu – Hebahan Dasar

                                               Kerajaan Melalui Program JIWA

                                               Disediakan oleh: Asmidar

                                                  eramai 50 peserta menghadiri Program Jalinan Insan Wahana
                                               SAspirasi (JIWA) anjuran Pejabat Penerangan Daerah (PPD)
                                               Kota Marudu pada 27 April 2023 bertempat di Dewan Kampung
                                               Togudon. Taklimat berkenaan usaha kerajaan menangani masalah
                                               kenaikan harga barangan adalah salah satu pengisian dalam
                                               program tersebut. Info berkenaan Program Payung Rahmah
                                               seperti Bakul Rahmah, Jualan Rahmah, Kafe Rahmah, Pakej
                                               Rahmah, Kredit Tunai Rahmah dan Sumbangan Tunai Rahmah
                                               turut dijelaskan kepada orang awam dalam program ini.


                                               “Kita harapkan melalui program yang dianjurkan, ia dapat
                                               membantu dan menambah pengetahuan masyarakat setempat,
                                               seterusnya disampaikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga
                                               yang lain,” ujar Encik Yaacob Hamud, pegawai PPD Kota Marudu.
                                               Taklimat kesihatan mengenai psikologi mental oleh pegawai
                                               kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Kota Marudu, Puan Ernna
                                               Mopilin turut diadakan dalam program tersebut. Program ini
                                               dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan
                                               N.7  Tandek, Majawab Masantun mewakili Pembantu Menteri
                                               Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang juga Ahli Dewan
                                               Undangan Negeri N.7 Tandek, Hendrus Anding.
                                                                                                         11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16