Page 12 - Buletin Citra 2/2023
P. 12

KHABAR DARI BORNEO

                         Pingat Perkhidmatan Setia:

                        Pengiktirafan Terhadap Jasa


                                         Dan Komitmen


                                         Disediakan oleh: Joshua Amir Sibat

                                      Jurufoto: Lance Dunstan & Cassidy Lisut

            eramai  13 orang anggota Jabatan Penerangan Negeri Sarawak daripada
        Spelbagai  jawatan  dan  gred telah  dikurniakan Pingat Perkhidmatan
        Setia yang disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri
        Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg di Ra’ia Hotel & Convention
        Centre pada 20 Mac 2023. Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Jaafar
        Jantan turut hadir mewakili jabatan dan menerima Pingat Perkhidmatan
        Setia serta sijil penghargaan daripada Premier Sarawak.


        Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Setia adalah sebagai tanda
        penghargaan kepada anggota Perkhidmatan  Awam Sarawak dan
        Perkhidmatan Awam Persekutuan di atas sumbangan mereka yang tidak
        ternilai kepada pembangunan negeri Sarawak dengan perkhidmatan
        yang berkualiti serta berintegriti sepanjang tempoh perkhidmatan.


        Penganugerahan pingat ini juga diberikan kepada penjawat awam
        bertaraf tetap dalam perkhidmatan awam di negeri Sarawak, yang telah
        berkhidmat selama 20 tahun terus-menerus atau 25 tahun perkhidmatan
        terkumpul dan menunjukkan mutu perkhidmatan yang cemerlang serta
        memuaskan dan disokong oleh ketua jabatan. Selain itu, penerima pingat
        juga hendaklah bebas daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
        Malaysia (SPRM) dan tiada rekod pelanggaran tatatertib. Sejak 2 Disember
        2008, Kerajaan Negeri Sarawak membuat pembaharuan di pingat untuk
        penerima wanita dengan penggunaan riben berbeza daripada penerima
        lelaki.


































             12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17