Page 4 - Buletin Citra 2/2023
P. 4

JAPEN SANA SINI




















                  Program Kembara




                                 Media 2023





            rogram Kembara Media merupakan aktiviti tahunan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia bersama
       Ppengamal media massa dalam usaha memperkasa jaringan strategik antara jabatan kerajaan dan
        pengamal media massa. Program tahunan ini dianjurkan sejak tahun 2015 di Sabah & Perlis, Sarawak
        & Johor (2016), Terengganu  (2017), Kedah (2018) dan Perak (2019). Namun begitu, penularan wabak
        COVID-19 menyebabkan program ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 hingga 2022. Walau
        bagaimanapun Program Kembara Media 2023 telah diadakan dari 8 hingga 11 Mei 2023 di dua buah
        negeri iaitu Selangor dan Negeri Sembilan dengan penyertaan sebanyak 15 pengamal media massa
        termasuk media digital seluruh Malaysia. Selain menghargai sumbangan dan sokongan para pengamal
        media, program ini bertujuan memasarkan maklumat mengenai usaha-usaha pembangunan kerajaan
        negeri yang dikunjungi serta membantu mempromosikan lokasi menarik dan produk tempatan yang
        dihasilkan oleh penduduk setempat.


        Program Kembara Media di Selangor telah mendapat kerjasama daripada Tourism Selangor dan peserta
        menjelajah beberapa lokasi menarik di sekitar Gamuda Cove antaranya Paya Indah Discovery Wetlands,
        Goosebumps Rope Course, Aerobar, Splash Mania Waterpark serta aktiviti caving tour dan jungle trekking
        di Gua Damai Extreme Park, Gombak. Sempena program Kembara Media 2023 pada 8 Mei 2023,  suatu
        sesi ramah mesra pengamal media bersama Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil di Gamuda
        Cove turut diadakan. Turut hadir YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Datuk
        Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Dato’ Mohd Sukari
        bin Ab Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Puan Normaizatulakmal binti Tujad,
        Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Encik Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism
        Selangor dan Encik Ngan Chee Meng, Pengarah Eksekutif, Gamuda Land.























              4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9