Page 5 - Buletin Citra 2/2023
P. 5
JAPEN SANA SINI
Pada 9 Mei 2023, peserta kembara media berpeluang
mendaki Gua Damai Extreme Park yang merupakan
taman rekreasi awam berkonsepkan taman ekstrem
yang berlatarbelakangkan bukit batu kapur, Batu
Caves sebagai mercu tanda semulajadi yang indah
dan menarik. Setelah selesai aktiviti mendaki Gua
Damai Extreme Park, peserta kembara media disajikan
dengan makanan tradisional etnik Mandailing iaitu
nasi upah-upah.
Program Kembara Program hari tersebut dimeriahkan dengan kehadiran
YB Tuan Borhan Aman Shah, Exco Pembangunan
Luar Bandar dan Kampung Tradisi dan Adat Istiadat
Media 2023 Melayu, Kebudayaan dan Warisan Negeri Selangor.
Turut hadir Dato Paduka Raja Tan Sri Dato’ Dr Haji
Wan Mahmood bin Pa’ Wan Teh, Orang Besar
Daerah Gombak, Dato’ Yazid bin Sairi, Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Selayang, Tuan Hj Suwadi bin
Hj Guliling, Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan
Pengurusan Isu, Jabatan Penerangan Malaysia, Puan
Normaizatulakmal binti Tujad, Pengarah Penerangan
Negeri Selangor serta Encik Azrul Shah Mohamad,
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor. Peserta
Kembara Media menikmati pengalaman yang
menyeronokkan sepanjang meneroka lokasi menarik
di Selangor seiring dengan kempen “Nak Bercuti
Pusing Selangor Dulu”. Pasukan kembara media
seterusnya melawat Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) di Lemang Sushi Serunding Nogori, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.
Pada 10 dan 11 Mei 2023, Program Kembara Media
2023 diteruskan ke Negeri Sembilan dengan lawatan
ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN),
Jelebu yang menghasilkan produk berasaskan buah
nenas. Peserta kembara media juga didedahkan
dengan demo audit telekomunikasi serta lawatan ke
Kampung Orang Asli di Kampung Tohor dan Taman
Kenaboi, Jelebu.
5

