Page 6 - Buletin Citra 2/2023
P. 6

JAPEN SANA SINI

                Perhimpunan Bulanan KKD Bilangan 5


                      Tahun 2023 dan Majlis Raya KKD
               “Raya Sama-Sama”











             erhimpunan  Bulanan  Kementerian Komunikasi
        Pdan Digital  (KKD)  Bilangan 5 Tahun 2023
         diadakan pada 11 Mei 2023 di Auditorium Perdana,
         Angkasapuri.    Perhimpunan       ini  dilaksanakan
         dalam konsep hibrid dengan dihadiri hampir 500
         warga KKD secara fizikal dan juga dalam talian.
         Kerajaan melalui KKD memandang serius isu dan
         etika kewartawanan dengan melaporkan berita
         yang tepat dan sahih. Dalam majlis yang sama YB
         Fahmi Fadzil,  Menteri KKD turut menyatakan Hari
         Wartawan Nasional (HAWANA 2023) yang akan
         diadakan  di  Ipoh,  Perak  pada  27  hingga  29  Mei
         2023 bukan sahaja melibatkan pengamal media
         tempatan  malahan  pengamal  media  dari  negara-
         negara  jiran  juga. “Rang Undang-Undang  (RUU)
         penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) dijangka
         akan dibentangkan di Parlimen menjelang Mac
         2024,” kata YB Fahmi Fadzil. Menurut beliau juga,
         kini  draf  RUU  MMC  tersebut  berada  di  peringkat
         perbincangan dalam kalangan organisasi media,
         syarikat dan persatuan pengamal media.
         Setelah selesai perhimpunan bulanan, majlis
         dimeriahkan lagi  dengan  Rumah  Terbuka  Aidilfitri
         yang  bertemakan  “Raya  Sama-sama”  dan  Majlis
         Sekalung Budi Penggiat Seni & Industri Kreatif di
         perkarangan Wisma Radio, Angkasapuri. Seramai 38
         orang artis veteran dari pada Persatuan Kebajikan
         Artis  Veteran  Malaysia  (PKAVM)  dan  Yayasan  Artis
         Veteran  Malaysia  (YAVM)  serta  30  orang  anak
         yatim Asrama Darul Falah (ASDAF), Kuala Lumpur
         disantuni oleh Menteri KKD. Majlis Sekalung Budi
         Penggiat Seni & Industri Kreatif ini bertujuan untuk
         merapatkan ukhuwah khususnya warga KKD selain
         menghargai para pengamal media yang sentiasa
         memberi sokongan terhadap dasar-dasar semasa
         kerajaan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran
         Timbalan Menteri KKD, YB Teo Nie Ching, Ketua
         Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan
         pengurusan tertinggi kementerian, jabatan serta
         agensi.


              6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11