Page 7 - Buletin Citra 2/2023
P. 7
JAPEN SANA SINI
ahagian Komunikasi dan Seni Visual (BKVS)
Bmelalui Pusat Sumber dan Fotografi (PSF),
Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Pusat
Sumber KKD serta perpustakaan di bawah agensi KKD PROGRAM
telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10
Minit pada 18 Mei 2023 di Dewan Serbaguna, Aras B1,
Kompleks KKD, Putrajaya. Program yang bertemakan
‘Baca Bina Insan’ pada tahun ini, dihadiri sebanyak JOM BACA
200 pengunjung. Program Jom Baca Bersama 10
Minit dirasmikan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri
KKD dan turut dihadiri oleh, YBhg. Datuk Mohamad
Fauzi bin Md Isa, Ketua Setiausaha KKD, YBrs. Encik BERSAMA
Mazlan bin Mutalib, Setiausaha Bahagian Kanan
(Pengurusan) KKD, YBhg. Dato’ Mohd Sukari bin Ab
Hamid, Ketua Pengarah JaPen.
Program Jom Baca Bersama 10 Minit diadakan
sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia
yang disambut 21 April setiap tahun. Program ini
merupakan simbolik kepada pembacaan serentak di
seluruh negara yang dianjurkan oleh Perpustakaan
Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-
Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).
Program seumpama ini mula dilaksanakan pada
tahun 2014 dengan kerjasama MPAM dan turut
disertai oleh perpustakaan komuniti, perpustakaan
khusus gunasama termasuk Pusat Sumber dan
Fotografi, JaPen, perpustakaan desa, perpustakaan
swasta serta NGO.
Program ini merupakan inisiatif ke arah
membentuk masyarakat minat membaca dan
berilmu pengetahuan tinggi serta meningkatkan
pembudayaan membaca dalam kalangan
masyarakat. Objektif utama program ini adalah
untuk mendorong tabiat membaca khususnya
warga JaPen dimulai dengan langkah awal selama
10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak
terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.
Program ini diharap dapat meningkatkan tabiat
membaca dalam kalangan warga JaPen dalam
melahirkan kakitangan berilmu dan berfikiran kritis
serta mengekalkan kelestarian budaya membaca.
Program Jom Membaca Buku Bersama 10 Minit turut
dimeriahkan dengan Perasmian Pelancaran Video
Ulasan Buku oleh Menteri KKD dan sesi Sembang
Buku yang bertajuk ‘The Techniques of Photography’
oleh Eddie Putera, jurufoto bebas dan pempengaruh
media sosial. PSF dan Bahagian Penerbitan Dasar
Negara (BPDN) membuka reruai bagi mempromosikan
Sistem MyFoto dan DBook Penerangan.
7

