Page 8 - Buletin Citra 2/2023
P. 8

JAPEN SANA SINI
















                 PELANCARAN


             LOGO DAN TEMA

         HARI KEBANGSAAN


            & HARI MALAYSIA


                  (HKHM 2023)



            B Fahmi Fadzil, Menteri KKD merangkap
        YPengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HKHM
        2023 melancarkan Logo dan Tema Hari Kebangsaan
        dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 di KLCC. Pelancaran
        juga diadakan serentak di Kuching, Sarawak dan
        Kota Kinabalu, Sabah. “Malaysia MADANI: Tekad
        Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema dan
        logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan
        HKHM 2023.


        Pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada
        reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan
        ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar
        Rukun Negara dan mengandungi warna-warna asas
        Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat
        patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup
        dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.


        YB Fahmi Fadzil berharap agar semua rakyat Malaysia
        semarakkan rasa cinta negara dengan turut serta
        dalam program yang telah disusun atur sepanjang
        bulan kebangsaan ini. Majlis turut dimeriahkan
        dengan kehadiran YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri
        KKD, YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Ketua
        Setiausaha  KKD,  YBhg.  Dato’  Mohd  Sukari  bin  Ab
        Hamid, Ketua Pengarah JaPen dan YBhg. Datuk MD
        Shah Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan
        KLCC Holdings Sdn. Bhd. serta pengurusan tertinggi
        jabatan dan agensi di bawah KKD.






              8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13