Page 11 - Buletin Citra 2/2024
P. 11
11
Karnival anjuran Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah bersama
rakan kolaborasi termasuk Pejabat Penerangan
Daerah Beluran itu turut diserikan dengan
kehadiran Unduk Ngadau Kebangsaan 2024
yang telah diangkat sebagai Duta Perpaduan
oleh JPNIN, artis-artis tempatan Sabah,
penglibatan beberapa agensi kerajaan yang
membuat pameran serta perkhidmatan
sepanjang program dan ahli-ahli Kawasan
Rukun Tetangga daerah Beluran, Tongod,
Telupid, Kinabatangan dan Sandakan.
Karnival yang julung-julung kali diadakan
itu menjadi tunjang kepada kepelbagaian
kelompok masyarakat yang terdiri daripada
kaum Dusun Sandayo, Dusun Tombonuo,
Sungai Paitan, Rungus dan sebagainya
untuk sentiasa menyemai, memupuk, serta
memperkasa ekosistem perpaduan di daerah
itu.
Tuntasnya, usaha kerajaan dalam membangun
Malaysia MADANI melalui konsep perpaduan
dalam kepelbagaian menjadi pemangkin
kepada usaha berterusan untuk mendidik,
membentuk peribadi dan tingkah laku
masyarakat Malaysia. Nilai-nilai tersebut
merupakan cerminan masyarakat maju yang
terangkum dalam enam Rukun MADANI
iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta,
keyakinan, kesejahteraan, hormat, dan ihsan.

