Page 13 - Buletin Citra 2/2024
P. 13

Sesi  Town  Hall  juga  diketengahkan  pada
                                                              penganjuran kali ini sebagai salah satu acara
                                                              berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan             13
                                                              komuniti di rumah panjang.  Ahli-ahli panel yang
                                                              dijemput terdiri daripada pegawai-pegawai yang
                                                              bertauliah dan berpengalaman dalam mengupas
                                                              isu-isu berkaitan dengan keselamatan jalan raya,
                                                              Kenyalang Gold Card (KGC), waspada kepada
                                                              penyakit Rabies serta kepentingan pendidikan
                                                              bagi anak-anak muda di kawasan Tatau.

      Sesi  Town Hall antara pengisian program                Sesi Demonstrasi Memadam Kebakaran oleh
                                                              Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
                                                              Daerah Tatau juga berjaya menarik perhatian
                                                              orang ramai yang hadir.
                                                              Natijahnya, rata-rata masyarakat Iban yang
                                                              hadir ke program berpuas hati serta memuji
                                                              inisiatif JAPEN Sarawak dalam penganjuran
                                                              program seperti ini. Mereka berharap agar aktiviti
                                                              seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan
                                                              penglibatan JAPEN Sarawak masih lagi relevan
                                                              dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan
                                                              kepada rakyat.
                                                              Selain itu, idea-idea pengedaran bahan
                                                              penerbitan daripada jabatan-jabatan berkaitan
                                                              memberi impak positif kepada mereka yang
                                                              hadir supaya ia dijadikan sebagai salah satu
                                                              perkongsian ilmu kepada yang lain.
  Kaunter saringan  kesihatan Pejabat Kesihatan               Secara keseluruhannya, objektif program ini
  Bahagian Bintulu                                            adalah untuk menjadi platform dan wadah

                                                              penyaluran maklumat supaya informasi dan
                                                              dasar-dasar kerajaandapat disampaikan secara
                                                              lebih menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi
                                                              selain menyantuni komuniti rumah panjang di
                                                              Tatau.

                                                              Turut hadir ialah Pengarah Penerangan Sarawak,
                                                              Encik Helmy Hamid, Ketua Penolong Pengarah
                                                              Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu,
                                                              Puan Siti Fairuz Ngatenan, Ketua Penolong
                                                              Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi
                                                              dan Pembangunan Masyarakat, Puan Roszilawati
                                                              Nor Aziz, Ketua Penolong Pengarah Bahagian
                                                              Penerbitan Dasar Negara, Puan Freda Mathew
                                                              Manggi dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian
                                                              Komunikasi Visual dan Senireka, Encik Muhamad
                                                              Syazwan Abd Rahman.











 Komuniti rumah Maong, Sg Annau, Tatau sedang membaca Majalah PEMADAH terbitan JAPEN Sarawak



                                                              Reruai pameran JAPEN Sarawak bersama
                                                              Pejabat Penerangan Daerah Tatau
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18