Page 14 - Buletin Citra 2/2024
P. 14
ILMU JURUACARA
14
SURIANI, DIBUKUKAN
inat yang mendalam dalam mengacarakan majlis, mendorong
Suriani binti Ghazali untuk berkongsi ilmu dengan menerbitkan
Msebuah buku berjudul SUE EMCEE yang boleh didapatkan di
pasaran.
Bak peribahasa “ikut resmi padi, makin berisi, makin tunduk”, begitulah
sikap yang ditunjukkan oleh Suriani, Pegawai Penerangan Daerah Batang
Padang, Tapah, Perak.
Lebih dikenali dengan nama Sue, beliau merupakan
seorang juruacara yang tidak asing lagi di negeri
Perak. Beliau telah memulakan perkhidmatan
di JAPEN pada Julai 1995 sebagai Pembantu
Penerangan di Pejabat Penerangan Daerah Kinta,
Ipoh, Perak.
PENGALAMAN
Pengalaman beliau mengacarakan majlis bermula
sejak 23 tahun yang lalu dan sehingga kini, beliau telah
mengacarakan lebih daripada 3000 buah majlis di
peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan.
Pelbagai pengalaman pahit dan manis telah dilalui oleh
Suriani sebagai juruacara. Antara pengalaman yang
tidak dapat dilupakan adalah ketika mengacarakan
Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2016 yang
disiarkan secara langsung di TV1, Radio Televisyen Malaysia
(RTM) yang mana negeri Perak menjadi tuan rumah.
Selain itu, beliau juga berpengalaman mengacarakan Majlis Perasmian Sukan Malaysia ke-
19 (SUKMA19) yang diadakan di Stadium Perak. Kenangan mengacarakan majlis di hadapan
puluhan ribu penonton dan disiarkan secara langsung di media elektronik, sudah tentu menjadi
kenangan abadi sepanjang hayat beliau.
Bukan semua kenangan yang terpahat di memori itu indah. Perjalanan beliau sebagai juruacara
juga melalui ranjaunya. Kenangan dimarahi oleh Orang Besar Istana di hadapan tetamu
kenamaan yang hadir masih terpahat dalam ingatan. Namun, kenangan pahit dan manis yang
diperoleh, merupakan pengalaman berharga buat Suriani untuk menjadikan beliau lebih baik
dari sebelumnya.
Kelunakan nada suara berserta lenggok bahasa yang indah, menjadi kekuatan Suriani sehingga
selalu dipertanggungjawabkan menjadi juruacara majlis-majlis diraja.

