Page 15 - Buletin Citra 2/2024
P. 15
HARAPAN 15
“Saya mengharapkan agar bidang pengacaraan
ini akan diteruskan oleh legasi baharu JAPEN
terutama majlis-majlis di istana yang selama
ini JAPEN telah diberikan kepercayaan oleh
pihak istana untuk mengacarakan majlis-majlis
melibatkan tetamu diraja”.
Sumbangan beliau dalam mengendalikan
majlis diraja di istana telah mendapat
penghargaan daripada pihak istana apabila
dianugerahkan pingat Darjah Ahli Mahkota
Perak (A.M.P) pada tahun 2014 dan Pingat
Pekerti Terpilih (P.P.T) pada tahun 2006 oleh
DYMM Paduka Seri Sultan Perak semasa
Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan
DYMM Tuanku.
“Anugerah ini merupakan satu penghormatan
yang sangat tinggi dan amat saya hargai
walaupun saya bukanlah anak jati negeri Perak.
“Jangan sesekali merasa bangga diri atau
sombong kerana semua yang kita miliki hanya
sementara dan pinjaman dari Tuhan yang Maha
Esa,” pesan beliau mengakhiri perbualan.

