Page 16 - Buletin Citra 2/2024
P. 16

16
                 ADELI TERUS KOMITED

                 SEBAGAI PPA












               omited dan fokus dalam melaksanakan  Selain itu, semasa menjadi PPA di Jabatan
               tugas, menjadi prinsip pegangan kepada  Pertahanan              Awam       Malaysia,     mereka
       Kseorang insan hebat, Adeli bin Haji  mengiktiraf PPA daripada Jabatan Peneragan
        Hussin. Mula berkhidmat di JAPEN pada tahun  Malaysia dalam merencanakan aktiviti promosi
        1995 dalam kumpulan sokongan sehinggalah  dan publisiti sehingga ditawarkan kursus ke
        kini beliau menjawat jawatan sebagai Ketua  luar negara.
        Penolong      Setiausaha,     Unit    Komunikasi
        Korporat, Kementerian Dalam Negeri.

        Dilahirkan pada 28 Julai 1974 di Kuala Lipis,
        Pahang, Adeli mempunyai pengalaman luas
        dalam bidang perhubungan awam di pelbagai
        kementerian dan agensi seperti Kementerian
        Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan
        Desa  dan  Wilayah,  Kementerian  Komunikasi,
        Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan
        Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
        Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat              Juara inovasi Kementerian
        sebagai pegawai khas kepada dua orang                  Dalam Negeri
        timbalan menteri.

        Adeli yang berkelulusan Ijazah Sarjana
        Muda      Sastera     (Komunikasi),      Universiti
        Kebangsaan Malaysia telah menggunakan
        ilmu dan pengalaman yang beliau miliki
        dalam melaksanakan tugas sebagai Pegawai
        Perhubungan Awam (PPA).

        Bagai pelangi muncul selepas hujan, ranjau dan
        perit jerih beliau dalam melaksanakan tugasan
        PPA telah dihargai oleh Jabatan Penerangan
        Malaysia.    Beliau    dianugerahkan       sebagai
        Pegawai Perhubungan Awam Terbaik seluruh
        Malaysia ketika Majlis Hari Inovasi Jabatan
        Penerangan Malaysia 2013. Sesungguhnya
        anugerah itu telah memberikan inspirasi
        kepada beliau untuk lebih cemerlang pada
        masa akan datang.

        Ketika beliau bertugas sabagai PPA di
        Kementerian       Belia   dan     Sukan,     beliau
        turut diberi peluang mengikuti Program
        Pembangunan Eksekutif di Central Officials
        Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun
        2011.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20