Page 9 - Buletin Citra 2/2024
P. 9
09
elancaran B
ebangsaan
P ulan K
Pelancaran Bulan Kebangsaan
DISAMBUT
2024 MERIAH
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 telah disambut dengan
penuh meriah pada 21 Julai 2024 di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor. Program yang
dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini telah dihadiri oleh lebih 5,000
orang pengunjung daripada pelbagai lapisan umur.
Pelbagai acara menarik yang berkonsepkan karnival rakyat telah diadakan antaranya Karnival
Kita MADANI x HKHM, Permukiman Komuniti MADANI, Program Jualan RAHMAH dan Jualan
Agro MADANI serta aktiviti interaktif kenegaraan bagi menyuburkan semangat patriotisme
dalam kalangan rakyat menuju Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.

