Page 4 - Buletin Citra 2/2022
P. 4
ranslators Immersion Program (TIP 2022)
Eratkan Hubungan Malaysia & Singapura

Program Translators Immersion Program (TIP 2022) telah diadakan selama lima hari iaitu bermula pada 13
- 17 Jun 2022. TIP 2022 merupakan salah satu program bilateral di bawah sub bidang penerangan antara
negara Malaysia dan Singapura. Ini merupakan satu penghargaan yang besar buat Malaysia dan
Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) apabila dilantik menjadi tuan rumah bagi program yang
julung-julung kali dianjurkan.
Objektif TIP 2022 adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai penterjemah dalam
bidang kepakaran mereka dan bertukar amalan terbaik dengan menjalani praktikal kerja di
organisasi terpilih di negara tuan rumah.
Pelbagai aktiviti telah disusun kepada para delegasi seperti melawat jabatan dan agensi terpilih
seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Institut
Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Para delegasi turut dibawa melawat Kompleks Kraf, Kuala
Lumpur bagi merasai pengalaman dan melibatkan diri dengan aktiviti yang menarik seperti pembuatan
gelang batik, mewarna batik dan seramik.
TIP 2022 dilihat dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia - Singapura serta menjadi
platform bagi para penterjemah daripada kedua-dua negara untuk mewujudkan jaringan kerja dan
dapat menjalin kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.

4/ CITRA
   1   2   3   4   5   6   7   8   9