Page 12 - Buletin Citra 3/2023
P. 12

PERSONALITI JAPEN


            ilahirkan pada 12 November 1982, Roskhadijah binti Razali
       Dmeneroka dunia fotografi di Istana Negara. Lebih mesra        Roskhadijah
        dengan panggilan Rose dalam kalangan warga Jabatan
        Penerangan Malaysia, kariernya sebagai jurufoto perkhidmatan
        awam bermula pada 25 April 2006. Sebelum menjadi ahli
        keluarga Jabatan Penerangan Malaysia, sekitar tahun 2003
        sehingga  2004,  beliau  pernah  berkerja  di  kedai  gambar
        sebagai jurugambar bebas yang berpengalaman
        mengambil gambar perkahwinan pelbagai bangsa.
        Ketika itu, kamera filem masih digunakan untuk
        merakam gambar-gambar perkahwinan. Beliau
        berkongsikan pengalamannya yang beliau pernah
        diarahkan untuk membayar semula gulungan filem
        yang terlebih guna kerana sepatutnya perlu guna 3 gulung
        filem sahaja. Bagi menjamin masa depan yang cerah dalam
        bidang fotografi yang diminati, Rose sentiasa mencari peluang
        pekerjaan.

        “Syukur saya dipanggil temuduga dan diterima untuk jawatan
        jurufoto sambilan di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan
        Malaysia (UteM)”, ujar beliau. Beliau bertanggungjawab untuk
        mengambil gambar aktiviti yang dijalankan oleh pengurusan
        tertinggi, kolej dan para pelajar. Keseronokkannya berganda
        di UteM apabila bertugas dalam kalangan pelajar yang hampir
        sebaya dengannya. Beliau berpeluang untuk menjadi tutor bagi
        pelajar tahun  pertama  untuk subjek elektif  Fotografi ketika
                                                                                                                                   ABADI KENANGAN DI SEBALIK LENSA
        berkhidmat sebagai jurufoto di UteM.

        Impian  arwah  ayahnya menjadi  kenyataan  apabila  Rose
        ditawarkan jawatan tetap sebagai ahli fotografi di Kementerian                                                              JURUFOTO ISTANA
        Penerangan pada 25 April 2006 dan ditempatkan di Jabatan
        Penerangan Malaysia. Menurut beliau, tidak pernah terlintas
        dalam mindanya bahawa gambar-gambar pembesar  negara
        mahupun luar negara akan wujud dalam lensa kameranya.


        “Semasa  membuat  liputan  gambar  bersama  Perdana
        Menteri, Yang Amat Berhormat Tun Abdullah bin Haji Ahmad
        Badawi, sejurus beliau menerima buah tangan sebagai
        tanda  penghargaan  daripada  penganjur  program,  beliau
        menghulurkan sebotol biskut kepada saya. Ini merupakan antara
        pengalaman yang masih segar dalam fikiran saya”, kata Rose.
        Pada April 2013, beliau menerima panggilan daripada Ketua
        Unit Fotografi yang memaklumkan bahawa beliau ditempatkan
        sebagai jurufoto di Istana Negara. Pada ketika itu, anak kelahiran
        Kuala Lumpur ini sedang membuat liputan gambar di Pilihan
        Raya Kecil (PRK) DUN Machap dan terus melapor diri di Istana
        Negara setelah selesai tugas tersebut. Kerjayanya di Istana
        Negara memberi peluang kepadanya untuk merakamkan
        momen seperti majlis istiadat, keberangkatan Raja-Raja dan
        Sultan serta pemimpin-pemimpin dari dalam dan luar negara.
        Selain itu,  Rose juga berperanan untuk menyediakan album
        lawatan keberangkatan serta menyediakan foto untuk banner,
        bunting, majalah, backdrop dan sebagainya.


              12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17