Page 14 - Buletin Citra 3/2023
P. 14
PERSONALITI JAPEN
IDOLA
Suraya Yusof (ibu, jurugambar profesional)
Pete Sauza (jurugambar Barrack Obama)
Ustazah Asma’ Harun (penceramah)
CABARAN
Perlu mengorbankan masa bersama keluarga
Protokol yang berbeza bagi setiap majlis dan
protokol luar negara
PEGANGAN HIDUP
Simple but Perfect. Lakukan sesuatu itu dengan
cara yang mudah dan menghasilkan kerja yang
sempurna
KATA-KATA HIKMAH
Buat yang terbaik, jadi yang terbaik
PENCAPAIAN TERTINGGI
Asean Young Photography Award
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
Pingat Bentara Setia Diraja
Pingat Melaka
Diploma Kemahiran Malaysia
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
Beliau merakamkan pelbagai memori di sebalik lensa kameranya semenjak berkhidmat di Istana Negara. Daripada
tahun 2013 sehingga kini, Rose terlibat dalam liputan gambar bagi majlis-majlis yang melibatkan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong ke-16 seperti Istiadat Keberangkatan Pulang, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan YDPA, Istiadat Pertabalan,
Istiadat Santapan Malam sempena pertabalan, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri, Majlis Santapan
Malam sempena Lawatan Pembesar-Pembesar ke Malaysia seperti Barrack Obama, Ban Ki Mon, pemimpin dari
Pakistan, Korea, Singapore, Papua New Guinea dan lain-lain. Rose turut terlibat sebagai jurufoto rasmi untuk Istiadat
Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan rasmi YDPA, Istiadat
Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Duta Asing Ke Malaysia, Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Bakal-Bakal
Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara dan Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu. Selain itu, hampir kesemua gambar
bagi lawatan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke luar negara diambil oleh Rose. Beliau berharap agar
hasil bidikannya dipamerkan di galeri-galeri bertaraf antarabangsa. “Jangan sia-siakan peluang yang dapat kerana
setiap peluang itu merupakan kunci kejayaan anda”, pesanan Rose kepada jurugambar yang lain ketika mengakhiri
temu bual.
14

