Page 17 - Buletin Citra 3/2023
P. 17

INSPIRASI PRO


         IDOLA


         Tuan Haji Hashim bin Haji Bedu, Mantan
         Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan
         Malaysia. Beliau merupakan seorang pegawai
         atasan yang sentiasa memberi kata-kata
         semangat     dan   nasihat   kepada    pegawai
         bawahan untuk memajukan diri dalam kerjaya
         melalui pendidikan. Saya merupakan salah
         seorang  yang  mengikuti  nasihat  beliau  dan
         berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda
         melalui pendidikan jarak jauh.                          NASIHAT


                                                                 Sentiasa menjaga imej dan nama baik
                                                                 Jabatan Penerangan Malaysia, di mana jua
                                                                 kita  bertugas.  Menjalankan  amanah  dan
                                                                 tanggunjawab yang diberi dengan sempurna
                                                                 serta membina imej dan reputasi organisasi
                                                                 pada kedudukan yang dilihat baik dan
                                                                 cemerlang dalam memberikan perkhidmatan
                                                                 kepada masyarakat.





                                                                 CABARAN


                                                                 Media sosial seperti Facebook, Twitter dan
                                                                 TikTok menjadi saluran paling popular dalam
                                                                 kalangan  masyarakat untuk  melontarkan
        PRINSIP                                                  pandangan  dan  kritikan.  Ia  menjadi  cabaran
                                                                 besar kepada PRO untuk memberikan

        Sentiasa berusaha mencapai impian,  jangan               kefahaman      serta   membetulkan      segala
        mudah putus asa  dan hidup menjadi  inspirasi            persepsi negatif yang dilontarkan.
        kepada orang lain.



                                                                 HARAPAN


                                                                 Perhubungan awam (PR) merupakan satu
                                                                 bidang yang luas yang mampu meningkatkan
                                                                 imej serta nama baik kementerian dan jabatan.
                                                                 Banyak perkara baharu dan ilmu dapat
                                                                 kita pelajari melalui bidang perhubungan
                                                                 awam (PR) ini. Dicadangkan supaya warga
                                                                 penerangan        sentiasa      meningkatkan
                                                                 kemahiran dalam bidang ini kerana selain
                                                                 meningkatkan prestasi pegawai, turut akan
                                                                 meningkatkan imej jabatan di peringkat
                                                                 organisasi di mana pegawai penerangan
                                                                 berkhidmat.


                                                                                                         17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20