Page 3 - Buletin Citra 3/2023
P. 3
Tahniah!
abatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah memenangi dua anugerah
Juntuk perkhidmatan cemerlang di The 4th ASEAN Public Relations
Excellence Awards 2023 bagi kategori Government PR & Best Crisis
Management anjuran ASEAN PR Network di Ho Chi Minh City, Vietnam pada
8 September 2023.
Kedua-dua anugerah dimenangi untuk pencalonan Jabatan Penerangan
Malaysia bertajuk Crisis Management Report: Batang Kali Landslide
Tragedy, 16-25 December 2023.
NoorHafiz
MEWAKILI MALAYSIA
DI KEJOHANAN CATUR
AMATUR ASIA
oor Hafiz Mohd Nor yang merupakan Pembantu
NPenerangan gred S19 dipertaruhkan sebagai
wakil negara pada pusingan ke-7 Kejohanan Catur
Amatur Asia yang diadakan di Emeriah Arab Bersatu
(UAE) yang berlangsung pada 27 dan 28 Ogos 2023.
Beliau berjaya memperoleh lima mata berharga
selepas menewaskan pemain dari Kuwait, Bahrain,
Jordan dan dua pemain Oman.
Noor Hafiz yang merupakan pemegang Arena
International Master (AIM) akan bersaing dalam
Kejohanan Catur Amatur Dunia yang dijadualkan
pada 1 hingga 11 November ini di Muscat, Oman.
Noor Hafiz kini berkhidmat di Bahagian Media dan
Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Malaysia.

