Page 7 - Buletin Citra 3/2023
P. 7
JAPEN SANA SINI
rogram Merdeka@Komuniti anjuran Pejabat Penerangan Daerah Gua Musang telah berlangsung selama
Ptiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos lalu. Menurut Pegawai Penerangan Daerah Norhayati Shamsu Anuar,
penyertaan daripada kalangan anak muda merupakan satu permulaan yang baik dan amat berharga.
“Saya berharap agar dengan adanya program konvoi merdeka ini dapat menyemarakkan semangat jiwa
merdeka bukan sahaja dalam kalangan anak muda tetapi masyarakat Gua Musang. Ambillah peluang untuk
mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah dengan kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang”, jelas Norhayati.
Shafiq Razak, 30, salah seorang peserta konvoi dari Galas berkata, program seumpama ini merupakan satu
peluang kepada mereka untuk menunjukkan tanda cinta kepada tanah air. “Terima kasih kepada Pejabat
Penerangan Daerah Gua Musang atas penganjuran program ini. Apa yang lebih menarik adalah tazkirah
kemerdekaan serta solat zohor berjemaah di masjid yang merupakan destinasi terakhir konvoi setiap kawasan
Dewan Undangan Negeri (DUN)”, ujar Shafiq Razak.
Program disertai 200 orang anak muda yang berkonsepkan konvoi kembara mewakili Komuniti MADANI DUN
Paloh, DUN Galas dan DUN Nenggiri bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam jiwa mereka.
Konvoi Merdeka
SEMARAK JIWA ANAK MUDA - PPD GUA MUSANG
7

