Page 8 - Buletin Citra 3/2023
P. 8

KHABAR DARI BORNEO
































             Istana Seri Kinabalu




           LOKASI PERTAMA PERSINGGAHAN KONVOI KEMBARA MERDEKA
                JALUR GEMILANG (KMJG) 2023 PERINGKAT NEGERI SABAH


                         Disediakan oleh: Zuraidah Ahmad     |      Jurufoto: Mohd Sazwan Roslan

            uat julung kalinya, Istana Seri Kinabalu (ISK) menjadi
       Blokasi persinggahan pra Konvoi Kembara Merdeka
        Jalur Gemilang (KMJG) 2023 pada 1 Ogos 2023. Konvoi
        yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Penerangan
        Sabah, Supian Musa disambut oleh Setiausaha Sulit
        Kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, Datuk Abinan
        Asli,  Pengelola  Urusan  ISK,  Datu  Adek  Datu  Sani  dan
        Juruiring TYT, Kolonel Herman Bambang.

        Selepas menandatangani buku lawatan, Supian
        menyerahkan Jalur Gemilang kepada Datuk Abinan
        Asli sebagai simbolik penglibatan serta sokongan
        padu daripada institusi tertinggi di negeri ini terhadap
        Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah.


        Datuk  Abinan  Asli  kemudiannya  menyempurnakan
        acara pelepasan konvoi 15 kenderaan daripada pelbagai
        agensi dan kementerian bagi meneruskan perjalanan
        ke destinasi seterusnya. Terdahulu, konvoi berkenaan
        dilepaskan secara rasmi oleh Timbalan Ketua Menteri
        II, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam mewakili
        Ketua Menteri Sabah di Perkarangan Dewan Bandaraya
        Kota  Kinabalu.  Konvoi KMJG  yang  merupakan acara
        tahunan  Jabatan  Penerangan  Negeri  Sabah  sempena
        sambutan  bulan  kebangsaan  yang  bermula  1  Ogos
        hingga 16 September 2023.





              8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13