Page 9 - Buletin Citra 3/2023
P. 9
KHABAR DARI BORNEO
Program Influencer@JaPen
MEWARNAI MEDIA SOSIAL JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Disediakan oleh: Saberiya Patiroi | Foto: Koleksi Bahagian Media Siber
enggalas tanggungjawab menghasilkan kandungan digital dengan idea yang kreatif dan berinformatif,
MBahagian Media Siber (BMS), Jabatan Penerangan Negeri Sabah mengorak langkah menerbitkan
Program Influncer@JaPen. Program berbentuk bual bicara atau temu bual individu berpengaruh yang
mempunyai kepakaran tertentu disiarkan secara langsung atau rakaman dengan tajuk bebas berbentuk
santai yang menyelitkan dasar-dasar kerajaan. Pada tahun 2023, sebanyak 12 buah program bual bicara
telah dirancang dan 6 daripadanya berjaya dilaksanakan. Program ini telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada masyarakat. Program ini disiarkan melalui media sosial Facebook dan TikTok bagi
memudahkan orang ramai mengaksesnya di mana sahaja mereka berada.
Program berkenaan juga merupakan antara legasi Jabatan Penerangan Malaysia untuk terus melangkah
sebagai medium perantara kerajaan dengan rakyat seiring dengan perubahan arus digital. Bagi memastikan
program ini kekal relevan, Jabatan Penerangan Negeri Sabah sentiasa memastikan penghasilan video yang
bermutu tinggi agar jumlah tontonan dan pengikut (followers) ditingkatkan di platform media sosial. Secara
tidak langsung, media sosial Jabatan Penerangan Malaysia menjadi sumber untuk mendapatkan maklumat
yang sahih.
9

