Page 12 - Buletin Citra 3/2024
P. 12

12











            asukan jurufoto Jabatan Penerangan Malaysia
        P(JAPEN) memainkan peranan penting dalam
        merakam dan mendokumentasikan peristiwa
        bersejarah negara. Dengan kemahiran teknikal
        dan sentuhan kreativiti, pasukan jurufoto JAPEN
        bertanggungjawab menghasilkan mesej visual
        yang berkesan sekali gus mempromosikan
        warisan kebangsaan, menjadikan koleksi
        dokumentasi foto ini sebagai sumber rujukan
        rasmi bagi generasi akan datang.

        Ikuti temu bual penulis bersama Redzuan Md
        Salleh, Ketua Jurufoto Unit Fotografi JAPEN,
        yang berkongsi pengalaman pasukan jurufoto
        dalam merakam detik-detik bersejarah sempena
        Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17.
        Temu bual ini mengupas cabaran, komitmen dan
        kebolehan jurufoto JAPEN dalam memastikan
        setiap gambar yang dihasilkan menjadi saksi
        visual kepada istiadat penuh simbolik ini.


            Bagaimana  pasukan jurufoto JAPEN mula terlibat dalam bidang fotografi istana?


        Pelibatan pasukan jurufoto JAPEN dalam fotografi istana adalah hasil daripada pengalaman
        luas mereka dalam merakam pelbagai gambar acara rasmi negara. Melalui kemahiran teknikal
        yang berkesan, pemahaman dan pengalaman mendalam berkaitan protokol istana, mereka
        dipilih oleh kerajaan untuk merakam peristiwa penting berkaitan Yang di-Pertuan Agong dan
        keluarga diraja. Kecekapan jurufoto JAPEN dalam merakam momen-momen bersejarah dengan
        teliti menjadikan pasukan ini sebagai pilihan utama dalam acara formal yang memerlukan
        ketelitian dan kehalusan dalam seni fotografi.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17