Page 14 - Buletin Citra 3/2024
P. 14
14
Apakah cabaran utama dalam
merakam gambar semasa istiadat
pertabalan?
Salah satu cabaran utama adalah
mengekalkan kualiti gambar di
bawah pencahayaan yang berubah-
ubah atau dalam suasana yang formal
tetapi penuh sesak. Pengalaman
pasukan jurufoto dalam menangani
situasi sebegini memberi mereka
kelebihan untuk menyesuaikan tetapan
kamera secara efektif semasa istiadat
berlangsung. Kecekapan pasukan
dalam mengendalikan isu-isu teknikal
sepanjang istiadat berlangsung adalah
penting bagi memastikan setiap
momen dapat dirakam dengan tepat
tanpa mengorbankan kualiti visual dan
mengganggu perjalanan majlis.
Apakah peralatan fotografi yang digunakan semasa pertabalan
berlangsung?
Berdasarkan pengalaman luas dalam merakam pelbagai acara rasmi, pasukan
ini menggunakan peralatan fotografi yang canggih seperti kamera DSLR atau
mirrorless dengan lensa telephoto untuk jarak jauh dan lensa sudut lebar
untuk rakaman menyeluruh. Semasa raptai, pasukan jurufoto akan menguji
peralatan ini untuk memastikan ketahanan dan prestasi optimum. Mereka
juga menggunakan peralatan tambahan seperti tripod, flash,
kad memori berkapasiti tinggi dan bateri yang mencukupi
untuk menampung keperluan teknikal istiadat penuh
gilang-gemilang ini.
Bagaimana pasukan anda menangani pencahayaan
dalam situasi yang berbeza semasa istiadat
berlangsung?
Pengalaman pasukan dalam pelbagai situasi
pencahayaan membolehkan mereka membuat
keputusan pantas semasa sesi rakaman foto.
Semasa raptai, mereka menilai pencahayaan
di lokasi-lokasi utama dan menyesuaikan
tetapan kamera seperti ISO, aperture dan
shutter speed. Pengalaman dan kepakaran
mereka membantu dalam mengelakkan
penggunaan alat tambahan seperti flash, yang
boleh mengganggu suasana majlis. Sebaliknya,
mereka bijak menggunakan pencahayaan
semula jadi dan reflector untuk menghasilkan
imej yang terang dan seimbang.

