Page 15 - Buletin Citra 3/2024
P. 15

15
































             Adakah terdapat sebarang peraturan atau protokol tertentu yang perlu dipatuhi
             oleh jurufoto semasa istiadat pertabalan ini?

             Jurufoto yang berpengalaman sudah terbiasa dengan protokol istana yang ketat berdasarkan
             pengalaman sedia ada. Semasa raptai, mereka diberi garis panduan protokol yang khusus
             untuk istiadat tersebut. Kecekapan mereka dalam mematuhi protokol istana sambil
             memastikan gambar yang berkualiti tinggi dapat dihasilkan adalah hasil daripada latihan
             bertahun-tahun dalam acara seumpamanya. Mereka juga menunjukkan kebolehan
             beroperasi dalam mod senyap dan tidak menarik perhatian umum. Etika pemakaian juga
             perlu dipatuhi bagi memastikan kelancaran majlis.




                            Adakah terdapat sebarang permintaan atau keperluan visual yang berbeza
                            semasa merakam gambar Yang di-Pertuan Agong sekarang berbanding
                            sebelumnya?

                          Setiap Yang di-Pertuan Agong mempunyai gaya atau keperluan visual yang
                            berbeza. Pengalaman pasukan bekerja dengan beberapa Yang di-Pertuan
                            Agong sebelum ini membantu mereka untuk memahami perbezaan gaya
                            visual dan membuat penyesuaian yang sewajarnya. Kecekapan mereka
                            dalam merakam gambar terhasil daripada pemahaman mendalam tentang
                            aspek visual dan keutamaan yang diinginkan oleh pihak istana.



                             Apakah nasihat yang ingin disampaikan kepada jurufoto yang bercita-cita
                              untuk terlibat dalam bidang fotografi istana?

                               Jurufoto yang bercita-cita untuk terlibat dalam fotografi istana perlu
                               memiliki pengalaman luas dalam merakam pelbagai jenis acara rasmi
                                dan mampu mengendalikan tekanan. Selain kemahiran teknikal, mereka
                              perlu memahami protokol istana dan etika kerja dalam acara formal.
                            Kecekapan dalam berkomunikasi dengan pasukan protokol dan kebolehan
                            untuk merancang melalui raptai sangat penting. Nasihat utama saya adalah
                            untuk sentiasa belajar daripada pengalaman dan mengasah kemahiran
                           teknikal serta mempunyai interpersonal skills untuk berjaya dalam bidang ini.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20