Page 6 - Buletin Citra 3/2024
P. 6

Persidangan JAV 2024:
                       Platform Perkongsian
  06
                       Pengetahuan dan Inovasi








            etua Setiausaha Kementerian Komunikasi,
        KDatuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, telah
        merasmikan Persidangan Juruaudio Visual
        (JAV) Tahun 2024 bagi Zon Semenanjung
        Malaysia yang diadakan di Dewan Utama Raia
        Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah
        pada 16 November 2024.

        Persidangan selama tiga hari ini melibatkan
        penyertaan seramai 224 orang JAV di bawah
        JAPEN. Program ini bertujuan menyediakan
        platform untuk para peserta berkongsi
        pengalaman, pengetahuan dan idea dalam
        bidang juruaudio visual bagi memperkasa
        peranan mereka.

        Datuk Mohamad Fauzi memaklumkan bahawa
        Kementerian Kewangan telah meluluskan
        pelaksanaan  16  buah  trak  JAPEN@MFV
        (MultiFunctional Vehicle) untuk kegunaan
        JAPEN di seluruh negara. Perolehan kenderaan
        ini akan dilaksanakan secara berperingkat
        bermula pada tahun 2025, bertujuan
        meningkatkan keberkesanan penyampaian
        maklumat kepada masyarakat.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11