Page 13 - Buletin Citra 3/2022
P. 13
“Saya amat meminati bidang
audio ini dan banyak yang saya
pelajari melalui pengalaman
mengendalikan peralatan siar
raya di majlis-majlis kerajaan.
Apabila mengetuai Unit Sokongan
Teknikal, saya berusaha
menambah baik peralatan siar
raya jabatan mengikut
perkembangan teknologi terkini
sehinggakan JaPen kini sudah
memiliki peralatan yang canggih
dan dikagumi,” ujar Ku Halim.
Bagi menghargai jasa dan
sumbangan, beliau juga telah
dikurniakan Darjah Kebesaran,
Bintang dan Pingat Persekutuan
seperti Bintang Kesatria Setia
Diraja (K.S.D.), Ahli Mangku
Negara (A.M.N.), Pingat
Pangkuan Negara (P.P.N.) dan ISTIADAT MENGHADAP DAN ISTIADAT PENGURNIAAN
Bentara Setia Diraja (B.S.D.). Beliau DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN
turut menerima surat SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN
penghargaan daripada Ketua RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' XIV TAHUN 2016
Seri Mohd Zuki Ali.
SELASA, 06 SEPTEMBER 2016
Beliau yang akan bersara pada ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR
bulan April 2023 berharap Unit
Sokongan Teknikal, JaPen akan
terus memberikan perkhidmatan
sistem audio terbaik di negara ini.
“Saya berharap perkhidmatan terbaik yang
diberikan oleh JaPen selama ini akan diteruskan
dan ditambah baik pada masa akan datang
kerana kelancaran sesuatu majlis juga
bergantung kepada sistem bunyi yang baik,”
13/ CITRA

