Page 14 - Buletin Citra 3/2022
P. 14
Haizul Hod
27 Tahun Pengalaman Sebagai PPA
“Bagi menguruskan imej kementerian dan persepsi khalayak, ia memerlukan perancangan
yang teliti, masa yang panjang, usaha yang berterusan serta kesabaran yang selari dengan
definisi Perhubungan Awam itu sendiri.”
Itulah cabaran yang dilalui oleh Encik Mohd Haizul bin Hod, Pegawai Penerangan, S52 yang
baharu sahaja melapor diri sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 3 Oktober 2022.
Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini melapor diri di JaPen pada 1 September 1995 dan
ditempatkan sementara di Wisma BERNAMA, Jalan Tun Razak untuk tempoh dua minggu
sebelum beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PPA) sehingga
kini. Antara kementerian/jabatan yang pernah beliau berkhidmat adalah:
(1995-2002)
Kementerian Pertahanan
(2002-2009)
Jabatan Perdana Menteri
(2009-2016)
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
(2016)
Kementerian Perladangan Industri
Dan Komoditi
(2016-2018)
Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli
(2018-2020)
Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli
(2020)
Kementerian Pembangunan Wanita
Keluarga Dan Masyarakat
(2021 - September 2022)
14/ CITRA Kementerian Luar Negeri

