Page 15 - Buletin Citra 3/2022
P. 15

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) dari UiTM ini juga pernah
       berkhidmat di Syarikat Perunding Perhubungan Awam Swasta selepas menamatkan pengajian pada
       tahun 1992.
                                          Pentingnya Ilmu

                                     Perhubungan Awam



      Pengalaman beliau dalam bidang perhubungan               Sepanjang 27 tahun mengharungi suka dan duka
      awam tidak dapat disangkal lagi. Beliau turut            dalam bidang perhubungan awam, pastinya
      dianugerahkan Pegawai Perhubungan Awam                   terpahat banyak  kenangan  yang tidak  dapat
      Terbaik Tahun 2014 sempena Hari Inovasi Jabatan          dilupakan. Antaranya ialah ketika bertugas di
      Penerangan Malaysia.                                     Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Beliau
                                                               terlibat dengan Pengurusan Komunikasi dan
      “Sebagai PPA adalah penting untuk kita menjaga           Kempen Program Perjanjian Kerjasama Konservasi
      imej organisasi dan melengkapkan diri dengan             Antarabangsa Panda Gergasi dan berpeluang ke
      kemahiran lain termasuk menulis, pemasaran,              Chengdu,      China.     Beliau    melihat    sendiri
      fotografi,    pengucapan        awam,      mencipta      bagaimana projek konservasi Giant Panda
      kandungan untuk media sosial dan lain-lain,” ujar        dilakukan sebelum Malaysia menerima pasangan
      Haizul yang sudah 27 tahun bertugas sebagai PPA.         panda bernama  Fu Wa  dan  Feng  Yi  pada  Mei
                                                               2014 yang kini ditempatkan di Zoo Negara, Kuala
                                                               Lumpur.






                     Harapan














             Haizul meletakkan harapan agar JaPen dapat
                  menempatkan PPA lantikan baharu di
           Kementerian/Agensi yang mempunyai PPA senior
          supaya mereka lebih bersedia dalam menghadapi
                         dunia Perhubungan Awam.


          “Kepada rakan-rakan PPA yang lain pula, ingatlah
                  bahawa apabila kita menjadi kader di
             Kementerian/Agensi lain, kita sebenarnya turut
                            membawa imej JaPen.


         “Adalah menjadi tanggungjawab kita tanpa mengira
         di mana kita bertugas untuk memastikan agar JaPen
              terus relevan sepanjang masa,” pesan beliau.














                                                                                                         15/ CITRA
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20