Page 8 - Buletin Citra 3/2022
P. 8

JaPen & SMK  Tawau



                                    Anjur Program Semarak Gemilang


                                                 Oleh : Asmidar Zainol
                                          Pegawai Penerangan, JaPen Sabah


       TAWAU - Jabatan Penerangan Negeri Sabah                      “Kita juga berharap melalui program yang
       dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan                 dianjurkan     ia    dapat      meningkatkan
       (SMK) Tawau menganjurkan Program Semarak                     penerimaan, keyakinan, sokongan dan
       Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan                   penglibatan rakyat dalam menjayakan
       dan Kibar Jalur Gemilang 2022 pada Julai lalu.               dasar, program dan inisiatif kerajaan.

       Pegawai  Penerangan  Daerah  Tawau,  Azuary  Abdul           Pada  program tersebut,  turut diadakan
       Azis  berkata,  seramai  300  peserta  terdiri  daripada     persembahan  lagu-lagu  patriotik  daripada
       para pelajar dan warga sekolah menyertai program             artis-artis Pentarama,  penyerahan Jalur
       berkenaan.                                                   Gemilang       dan     persembahan         Puisi
                                                                    Kemerdekaan.
       “Objektif penganjuran program ini adalah untuk
       meningkatkan  pemahaman  dan  penghayatan                    Hadir sama pada program berkenaan
       masyarakat khususnya golongan  muda  terhadap                adalah Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor
       makna sambutan Bulan Kebangsaan.                             Pembangunan Murid Daerah Tawau, Vaea
                                                                    Sarima, Pengetua SMK Tawau, Abdul Majis
                                                                    Saprin; Ketua Penolong Pengarah Bahagian
                                                                    Perkhidmatan           Komunikasi          dan
                                                                    Pembangunan  Masyarakat  (PKPM)  JaPen
                                                                    Sabah; Azman Sipan dan Yang Dipertua
               “Selain itu, melalui program                         PIBG SMK Tawau, Amir Kanje.
                 seumpamanya juga kita
              berharap dapat mengeratkan
               hubungan baik, mewujudkan
               sikap bersatu padu, berilmu
                  dan berintegriti dalam
                  kalangan masyarakat,”



































          8/ CITRA
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13