Page 9 - Buletin Citra 3/2022
P. 9

PPD








                                                                Nabawan

                                                                           Santuni Masyarakat Pedalaman


     NABAWAN - Pejabat Penerangan Daerah Nabawan turun padang menyantuni masyarakat di
     pedalaman dalam program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia
     Sabah (PMS) dengan kerjasama Pejabat Parlimen P.182 Pensiangan.

     Program berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen P.182
     Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup dan turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Nabawan, Nilden
     Gimbang dan Pegawai Daerah Kecil Pagalungan, Peter Jiton.

     Pegawai Penerangan Daerah Nabawan, Sam Masibu berkata, program tiga hari tersebut dianjurkan bagi
     merakyatkan perkhidmatan awam kepada masyarakat di daerah berkenaan.


     “Antara  objektif  program  adalah  untuk  memudahkan           “Bagi menggelorakan Bulan Kebangsaan
     mereka untuk mendapatkan maklumat dan informasi                 dan Kibar Jalur Gemilang, turut diadakan
     terkini  daripada     agensi    kerajaan,    swasta    dan      pelepasan 16 buah kenderaan Konvoi
     badan-badan bukan kerajaan (NGO) berdasarkan                    Merdeka      Keluarga     Malaysia,    Jabatan
     keperluan masyarakat tempatan.                                  Penerangan Negeri Sabah yang singgah ke
                                                                     daerah ini sebelum bertolak ke Tawau.
     “Untuk meringankan bebanan dan memudahkan
     penduduk       setempat,      pihak     penganjur      juga     Menurut Sam, Jabatan Penerangan Daerah
     menyediakan perkhidmatan menyalurkan bantuan                    Nabawan  turut  dipertanggungjawabkan
     secara terus kepada mereka yang tinggal di kawasan              untuk mengurus publisiti aktiviti dan program,
     pedalaman antaranya Bantuan Keluarga Malaysia                   menjadi juru acara selain bertindak sebagai
     (BKM) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan              penyelaras bagi  aktiviti 'Berjalan  Teguh
     Bank Simpanan Nasional (BSN).                                   Bersama' dan 'Flash Mob Merdeka'.































           “Dalam pada masa yang
         sama, Konvoi Kembara Jalur
         Gemilang Peringkat Daerah
         Nabawan turut dilancarkan
           dari pekan Nabawan ke
          Daerah Kecil Pagalungan
          disertai oleh 32 kenderaan
        pacuan empat roda daripada
         pelbagai agensi dan jabatan
                 kerajaan,”
                                                                                                         9/ CITRA
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14